Friday, July 17, 2009

the apprentice

hari tu bawak rafiq pg dinner shell for well engineers kat eastwood golf club country resort
excited nak bawak rafiq to his first formal function
nrevous jugak...almaklumlah kan...hes still a small baby
worried of any unpredictable behaviour...nangis xtentu pasal ke kan..
mau malu depan semua org hehehehe

he slept all the way to eastwood
n then bila sampai dia nangis kejap...marah kot because kejut bangun
masukkan dalam stroller dia diam...
sampai je dlm hall tu..dia asyik tengok semua org
n then everyone kerumun dia kan...so lagila dia suka...
did i tell u my son makin becok bercakap...
so bila hubby dearie's manager tgh bagi speech...si kenit ni boleh pulak nak berborak..
xde sapa layan pun dia rancak jugak bercakap sorang2...siap jerit2...
shhhhhh sayang....malu la eh...
sebab tau, thats the only way nak bagi dia cepat bercakap..so xhalang la...
semua org gelak2 je tgk
tgh kecik mmg la adorable...klo bukan baby lagi mesti everyone annoyed hahaha

anyway....
nk ckp pasal mcm2 methods yg ada nk stimulate or babies
they say never underestimate ur baby
although what might seem like blank stares, they are learning...in their own pace of course
kdg2 mcm xsabar nak je dia terus bagi response verbal yg lengkap kan
walaupon his mumbles pon dah ckp mndtgkan kebahagiaan
cheeewaaahhhh
i love that wide smile when he sees my face as soon as he opens his eyes in the morning...
ya allah...tuhan je tau
bahagianya...walaupon a minute a after the smile comes that big cry sbb lapar hihihi

lately,sejak rafiq dh pandai pay attention to colourn n movements me dah ligat nk beli mcm2 educational cd's for him. skrg dia tgk baby einstein lepas mandi in the morning.
i read watie's blog...about this web (little reader)
nampak menarik...
plus sgt kagum with little baby felicity who can already read at the age of 1
bijaknya



kt miri xde all these wonderful early learning classes mcm gymboree,kizsport dll...
so what i have to do is...research,research,research...
rugilah duduk rumah tp xdapat educate him dgn sebaiknya

i found this kat watie's blog...
25 rangsangan untuk anak bijak
dan mmg baby qarissa sgt bijak
copy paste la kat blog u guys tgk sebanyak mana kita dah buat all this

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
(alhamdulillah, since dia lahir mmg suka tgk mata dia sbb bulat hihii....now, dia mmg kenal mama for susu, papa nak cuddle)

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
(done : syukur, sebulan seminggu dia dah bersuara dah...mcm 2 bunyi.kak b ckp agak cepat jugak...yeay...cpt bercakap ye sayang...t mama ada kwn borak)

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQ nya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
(yes...tabah...walaupon byk halangan huaaaa)

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
(done-ni xtau pon mmg bagus tp kdg2 dia nangis so jelir2 dia senyap.nowadays, dia ikut sama kuar2 kn lidah)

5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk di albumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
(not yet-sini xde zoo,tgk dlm dvd je)

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
(everyday....sambil urut sambil geletek)

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
(not yet....lepas ni kena carik)


8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
(oh ni selalu....dapur je blum masuk ngeeee)

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
(ni since lahir....plus selawat n zikir2 klo mlm...started with dia selalu terkejut.ingatkn ada makhluk halus kacau....then, tido meniarap xde pon...but still zikir2 n nyanyi)

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
(yeay.....suka this one....)

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
(read a lot about this tp blum lg buat)

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
(ehemmmm selalu...hihihihi and mmg dia sgt observant)

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
(checked!)

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
(passed ; tp jarang....selalu cium or gigit2 je hihihi)

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
(blom lg...rasanya dia xpandai lg kot...tgu dia besar skt)

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
(done!everyday mesti baca one story....since dlm perut lg)

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
(done...selalu...tp blum ada respon best...kdg2 je senyum...most of the time dia lekatgk tpt lain pulak.cheh)

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
(bawa?blum lg...tp dia membebel adala)

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya (ni pun lum buat, bila tiba waktu yg sesuai dengan umurnya, definately will do this activitiy).

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
(4 bulan lg hihhi)

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
(not yet)

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
(selalu....smpai kepenatan melayan hihi)

23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
( obviously blom)

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut
(not yet...tp klo dia dah bgn tu dia tolak2 kaki elak bantal2 yg kt dpn dia hihih)

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
(cant wait...yeay)


alhamdulillah..byk jugak yg dah buat...cuma tgu rafiq besar skt nk buat mcm2 lg...xsabarnyeee....

harap2 rafiq membesar dgn bijak dan sihat
jadi papa's apprentice at shell
papa's manager dah nak interview dah tu...hihii
amin!

5 comments:

Watie Aziz said...

hi dear, tq for visiting my GBOB blog & share the info @ ur blog .. tq sesangat!! :) apreciate it!

i dah link ur blog to GBOB blog yer ..:) feel free to surf!! :)

Zezzatty said...

Beb,thks for sharing..

tros i put that link kat my blog.

luv yaa! :D

Unknown said...

watie : thanx so much....i mmg kagum with ur early lrng methods

zatty : welcome.....nk cuba mcm2 for our babies hhihihi

Zezzatty said...

Sarah,

thks god it's not too late jumpa bnda ni..

:D

Unknown said...

betul tu zatty....kena buat research byk2

nuffnang